Home » , » NLP dan Terapi Minda Emosi yang MAGIS

NLP dan Terapi Minda Emosi yang MAGIS



Tarikh : 21 Disember 2013
Lokasi : Bangsar
Agenda : Pertemuan dan perkongsian ilmu ahli NLP Terapis Minda & Emosi  & Sifu


Dah lama betul tak bercerita tentang NLP dan Terapi Minda Emosi yang MAGIS. Sekiranya pembaca masih ingat di salah satu update terdahulu bagaimana saya berjaya menukarkan tabiat seseorang yang tidak boleh bau sayur, apatah lagi untuk memakannya sehingga dia boleh meratah sayur sebaik sahaja selesai sessi terapi.  Masa yang diambil hanya lebih kurang 45 MINIT SAHAJA. Magic ker? Macam magic kan? 

Itulah hebatnya NLP yang hanya menggunakan BAHASA dan KUASA MINDA.


Terlalu banyak permasalahan manusia yang sebenarnya boleh diselesaikan melalui Terapi Minda & Emosi. Dari sekecil-kecil masalah seperti tekanan kerja sehingga masalah kritikal seperti mereka yang sanggup membunuh diri kerana tekanan / bebanan masalah. Soalnya, adakah kita tahu wujudnya klinik-klinik seumpama ini untuk membantu?

Menemui Pakar Terapi Minda & Emosi sememangnya bukan satu budaya masyarakat melayu kita khususnya. Orang ramai menganggap, mereka yang menemui pakar terapi adalah seseorang yang tidak lagi waras, kurang siuman atau gila!  Akhirnya, bebanan fikiran ini mengakibatkan kesan yang lebih parah seperti kemurungan diri, menjadi benar-benar gila juga sehingga ada yang sanggup membunuh diri.


My Metro. Ahad, 30 Jun 2013

GANGGUAN EMOSI PENYEBAB BUNUH DIRI.  Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan :
  • lebih 1,000 orang membunuh diri dalam tempoh tiga tahun.
  • nisbah semasa bagi bunuh diri dari 2007 sehingga 2010 adalah 1.3 bagi setiap 100,000 orang
  • dipercayai kadar itu boleh menjadi lebih tinggi.
  • statistik Bunuh Diri Kebangsaan Malaysia (NSRM) dari Januari hingga Ogos 2010mencatatkan jumlah kes bunuh diri sebanyak 425 dengan purata 60 orang sebulan.
  • Ertinya setiap hari, dua orang akan cabut nyawa sendiri dan petunjuk itu hampir menyamai kadar bunuh diri yang berlaku di Amerika Syarikat.
  • Mengejutkan ialah golongan paling berisiko untuk bunuh diri ialah lingkungan umur 16 hingga 25 tahun.

INI ADALAH FAKTA!


Kami adalah di antara beberapa Terapis yang mempunyai sijil yang diiktiraf yang membolehkan kami menjalankan tugas-tugas Terapi Minda & Emosi. Kami membantu sesiapa sahaja yang inginkan kebebasan fikiran dari belenggu masalah dan bebanan minda yang semakin kritikal. Ini dapat menjamin kehidupan yang lebih baik sepertimana yang anda semua impikan.

Antara Team NLP Therapist, dari kiri :
Datin Hayati, Cik Puan Faz, Saya (Puan Seri Aishah) dan Puan Nadia


Guru kami & Pakar Hypnotherapy Dr. Ben Fadzil 


Nota Ilmu NLP Terapis

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:
Puan Seri Aishah
pm.sms.whatsapp 013.397.6632
email : seri.aishah79@gmail.com
facebook : www.facebook.com/noraishah.ramlan
instagram : seri_aishah




0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.