Home » , » Janji dan Jantung.

Janji dan Jantung.

Apabila seseorang berjanji dengan saya, saya hormati dan saya akan tunggu sehingga dia menepati janjinya. Biarpun sejam, seminggu, sebulan, setahun, sedekad, selagi hayat dikandung badan.


Apabila janji tidak ditepati pada masa yang ditetapkan, tiada salah menunggu tetapi letakkan janji-janji itu di dalam sebuah kotak yang dikunci rapi dan diletak berjauhan dari kita. Mungkin di atas siling yang mana takkan ternampak oleh kita.

Ini bagi memastikan janji-janji ini tidak menghantui kita dan boleh menyebabkan kita rasa tertekan, sakit jantung dan paling teruk boleh bawa maut!

Buka semula kotak tadi dan keluarkan janji-janji terlibat sekiranya janji itu terlaksana atau ditarikbalik oleh pemberi janji.

Membuat janji juga ada etika nya.. perlu ada subjek, perlu ada kadar, perlu ada aqad dan disertai niat untuk melakukannya. 

~SERI Aishah~


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.