10 minit sebelum ambil gambar dan menulis artikel ini, KakSeri kelam kavut kemas handbag.. hehehe. Standard lah kan. macam kita juga, sebelum photoshoot, make over dulu...
KakSeri ni suka tukar-tukar handbag. Kadang-kadang ikut tema baju lah, ikut tema majlis lah. Yang paling suka ikut tema ringkas-ringkas especially kalau ke pejabat.
Agak pening juga kalau tukar-tukar handbag ini kan. Adakala tertinggal itu dan ini.. yang semuanya pun penting. Dan kadang-kadang segala macam tok nenek nak letak dalam handbag sampai rasa macam ada batu! Bila rasa berat sangat, alamatnya incik suami jadi mangsa kena bawa handbag KakSeri. :)
Bagi memudahkan penukaran handbag ni, KakSeri pilih untuk pakai 'handbag organiser'. Kalau tanya KakSeri, kat mana nak beli organiser ni, KakSeri tak tahu nak bagi idea sebab organiser ni KakSeri kirim dengan kawan yang melancong ke US. Harganya lebih kurang RM50.
Atas sebab kegemaran menukar handbag juga, Kakseri suka pilih handbag jenis 'tote' yang mempunyai ruang buka yang luas seperti Long Champ. Jadi senang kerja alih mengalih organiser ni.
Handbag Organiser |
+ Purse - wajiblah kan.
+ Beg Syiling - letak syiling dalam ponjot khas. Senang bila nak carik syiling.
+ Note book - ada masa tanpa di duga ada ilmu atau idea yang hadir. So harus di catit secepat mungkin. Kadang-kadang kalau tak sempat, rekod saja di henfon.
+ Buku doa dan surah surah pilhan - hadiah dari ibu KakSeri.
+ Minyak sejuta wajah - penawar pelbagai guna.
+ Anti bacterial hand moisturiser - sanitiser.
+ Hand lotion - Crabtree & Evelyn kegemaran KakSeri
+ Nivea lips moisturiser
+ Jarum peniti, brooch & safety pin - standby untuk macam-macam situasi kecemasan
+ Business Card
+ Pen dan Pensel
+ Tisu
+ Pad&Pantyliner LEXEE - ahaa, yang ini KakSeri tak boleh kompromi sebab ini sangat penting. Penggunaan harian dan 'kecemasan'.
Antara kelebihan yang KakSeri suka pasal produk Lexee ni ialah ciri-ciri hygiene nya. Wrapper/sampul luaran pantyliner dan pad ni sangat kemas dan kuat. Bermakna, pad atau pantyliner ni sentiasa berada di dalan keadaan bersih dan terjaga kerana tiada langsung peluang anasir-anasir luar seperti semut yang boleh masuk. Dilindung baik oleh wrapper yang berkualiti. Almaklumlah kan, dalam handbag kadang2 ada terselit gula-gula lah, biskut lah. Sebab tu KakSeri tak risau letak dalam handbag. Tak sama macam jenama lain yang sampulnya terbuka dan terasa kurang hygiene bila nak pakai.
Nak tahu lebih lanjut tentang Pad&Pantyliner LEXEE, klik link ini. Kelebihan Pad&Pantyliner Lexee. Like & Share Page ni juga. https://www.facebook.com/Lexee.Aishah
KakSeri reserve satu ruang pada organiser ini untuk simpan pelbagai kunci. Kunci kereta, kunci pejabat, kunci rumah... etc.
Untuk vitamin, KakSeri tak biasa guna pill box dalam handbag untuk letak vitamin atau supplement Shaklee yang KakSeri makan waktu tengahari. Sebaliknya KakSeri memang beli set khas (setiap satu) di pejabat sebab pada KakSeri kebersihan lebih terjamin apabila vitamin ini diletakkan di dalam botol asalnya. Contohnya, Vitamin C tidak boleh terdedah kepada oksigen kerana ia akan merembes keberkesanan Vitamin C itu sendiri.
Owh! Jadi, itulah lebih kurang cerita KakSeri bagi topik ni. Pesan KakSeri, rajin-rajin kemas resit yang ada dalam purse atau handbag tau!
Ok Bai!
Datin seri kena upgrade beg ni, business laku
ReplyDeletehehehe... nak upgrade juga ni.. ada idea tak?
Delete