KakSeri konfius dengan topik hari ni... KakSeri nak cerita tip kemas rumah ker atau tip suruh puan bibik kemas rumah? hahaha..
Dulu-dulu sebelum ada puan bibik, kegemaran KakSeri memang mengemas rumah. Berbanding kerja-kerja rumah yang lain seperti melipat kain dan seterika baju, mengemas rumah lebih menarik dari skop dan cara kerja.
Rumah KakSeri halus dan kecil, maka takde lah berat sangat nak mengemas. Itu yang KakSeri pening kalau tengok bibik buat kerja tak bersih-bersih macam KakSeri pernah buat dulu-dulu.
Dulu-dulu, setiap hujung minggu, lepas subuh memang dah mula kerja mengemas. Masa anak-anak belum bangun main lagi. Senang sikit nak buat kerja dengan tenang dan aman.
Ini antara peralatan yang KakSeri guna.
Megelap
Mula-mula KakSeri buat kerja mengelap dulu. Lap meja, almari, pokok bunga, telefon, segala macam cermin yang ada. Lap guna anti static material duster yang beli kat Ikea tu bagus. Semua abuk melekat kat pengelap dari berterbangan kat udara atau jatuh ke lantai.
Kalau nak lap cermin, guna kertas suratkhabar. cepat kilat.
Kerja mengelap ni memang mencabar. Kalau tak bersin dek abuk, memang tak sah. Kalau abuk tebal, nyaris-nyaris jadi selsema. Untuk selamat kenalah pakai mask.
Mengemop
Alih segala kerusi, perabut apa-apa barang atas lantai yang boleh di alih. Sekali tengok, macam-macam ada.. taik cicak, abuk-abuk, rambut, sisa keropok, sisa biskut... semua ada.
Memvakum
Selesai mengemop, sessi ke-3 menyapu pulak. Guna vaccum cleaner ajer.. Bila dah mengemop, kerja menyapu jadi lebih senang. Tinggal abuk2 halus ajer.
Mengemas
Dah siap 3 perkara di atas, baru lah mengemas semula. Masa mengemas ni paling suka. Susun atur perabot.
KakSeri rajin tukar posisi perabut dalam rumah. 2-3 bulan sekali KakSeri alih. Biar tak rasa bosan dengan ruangan dalaman. Cuma bila dah jumpa posisi yang paling best, kekalkan dalam masa 6 bulan. Pastu ubah lagi.
Akhir sekali, sembur pewangi rumah.
Bilik Air
Bab basuh bilik air, tiada masalah bagi KakSeri. KakSeri amalkan mencuci bilik air ketika mandi. Setiap hari KakSeri akan bertukar-tukar bilik air. Kalau rumah KakSeri tu ada 3 bilik air, KakSeri akan gunakan ketiga-tiga bilik air dalam seminggu. Mudah ajer.
Melipat kain & Menggosok
Kak Seri basuh kain hari-hari, tapi lipat kain seminggu sekali. Biasalah kalau kain tinggi menggunung sepanjang minggu. KakSeri akan asingkan mana baju nak dilipat dengan mana baju nak digosok.
Hari menggosok KakSeri adalah pada hari Sabtu malam Ahad. Pada ketika ada Cerekarama TV3. Hari dan masa yang rutin, tak boleh buat kerja lain. Maka segala peralatan menggosok akan KakSeri bawak ke ruang menonton. Jadi sambil tengok TV sambil iron baju. Cerita habis, baju yang nak digosok jugak habis. Lega...
Gunakan Steam iron untuk kerja menggosok yang mudah dan cekap.
Baju kerja, baju sekolah anak-anak memang KakSeri bagi cukup untuk lima 5 hari. Jadi sepanjang minggu memang tak sentuh iron kecuali untuk gosok tudung KakSeri aje.
Mengemas Laman
Dah selesai kemas dalam rumah, barulah KakSeri kemas laman rumah. Aktiviti ni buat petang-petang hujung minggu pun ok. Santai-santai kemas laman. Kalau nak membaja pokok pon KakSeri buat Ahad pepagi, sebelum siram.
Seronok kan kalau dapat buat kerja rumah dengan incik suami dan anak-anak turut serta. Boleh jadikan riadah mingguan dalam keluarga. Rumah kita Syurga kita.
ok baii!
Mengemas Laman
Dah selesai kemas dalam rumah, barulah KakSeri kemas laman rumah. Aktiviti ni buat petang-petang hujung minggu pun ok. Santai-santai kemas laman. Kalau nak membaja pokok pon KakSeri buat Ahad pepagi, sebelum siram.
Seronok kan kalau dapat buat kerja rumah dengan incik suami dan anak-anak turut serta. Boleh jadikan riadah mingguan dalam keluarga. Rumah kita Syurga kita.
ok baii!
0 comments:
Post a Comment