Home » » Cabaran 30 hari Blogging : MY LOVE

Cabaran 30 hari Blogging : MY LOVE

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana IZINNYA KakSeri hidup bersama-sama keluarga, suami, anak-anak yang prihatin kasih sayang.

Semoga kebahagiaan yang dikecapi hari ini berkekalan selamanya sehingga ke akhir zaman. Ini antara doa KakSeri untuk keluarga, ibu bapa, diri sendiri, suami dan anak cucu cicit zuriat di masa hadapan. KakSeri juga berdoa agar seluruh keluarga KakSeri dan seluruh keluarga pembaca semua sentiasa berada di dalam keampunan ALLAH dan bertemu kembali di SYURGAWI alam yang kekal untuk menikmati kasih sayang yang kekal abadi.


Siapa lagi yang kita sayang kan kalau bukan keluarga kita khususnya yang paling rapat iaitu Ayahbonda, suami dan anak-anak. Terlalu besar skopnya, namun KakSeri cuba untuk mengecilkan fokus kepada ketiga-tiga di atas.

Kasih Ayahanda Bonda hingga ke Syurga

Itulah kata pujangga yang akan kekal selamanya. Keduanya berasal dari Johor. Abah, Hj Ramlan bin Khamis dari Kluang, ibu Hjh Rokiah binti Amrah dari Mersing dan mereka menetap di Kota Tinggi membesarkan kami 7 beradik.

Gambar kenangan Abah Ibu di Kota Cinta Rome Feb 2013


Cute kan?
Doa KakSeri, Mohon ALLAH berikan segala kegembiraan dan kebahagiaan yang ada di mukabumi ini untuk kedua ayahbonda kita. Semoga tiada sekelumit pun keresahan, kebimbangan mahupun rasa dukacita melintas di hati mereka. Di tempatkan di JANNAH AL FIRDAUS di alam kekal nanti.

Suami peneman hidup berkelana

Muhd Hadzir Abu Hassan jodoh yang ditakdirkan ALLAH semasa sama-sama menuntut di Universiti Teknologi Malaysia Jalan Semarak Kuala Lumpur. Senior KakSeri dalam jurusan yang sama Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik.

Mendirikan rumah tangga pada tahun 1995 setelah perkenalan  kali pertama di Makmal komputer pada 1989. How sweet.... (menulis sambil tersenyum sampai telinga)

Kisah bibit cinta kami pernah di siarkan di Majalah Midi keluaran Oktober 2013. Klik link ini. Cinta makmal komputer.


Anak-anak penghibur kehidupan

Dikurniakan 3 orang cahaya mata, Muhd Syafiq 18, Nor Alya Nadhirah 16, Nor Aira Zahirah 6. Mereka menceriakan kehidupan KakSeri dan suami juga keluarga keseluruhannya.


Terima kasih Ya ALLAH kerana dengan izinmu, kami bahagia seadanya. ALHAMDULILLAH.

Pesan KakSeri, sayangi mereka ini selagi semuanya masih ada..  Ok baii!










0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.