Home » » Cabaran 30 hari Blogging : RESEPI PASANG BADAN

Cabaran 30 hari Blogging : RESEPI PASANG BADAN

Sudah sekian lama KakSeri berhasrat untuk menjalani diet (yang sebenar) untuk menurunkan berat badan dan melangsingkan badan.

Pelbagai cara yang KakSeri lakukan termasuk seperti :

1. Mengambil supplemen langsing SHAKLEE iaitu kombinasi CINCH, LECITHIN & ALFALFA.
- Ada kesannya, namun pengambilan yang tidak sistematik membantutkan usaha seperti yang dirancang.

2. Menggunakan pelansing tubuh Premium Beautiful yang terdiri daripada set Long Brassiere, Long Girdle & Waist Nipper.
-Juga ada kesannya, tetapi teknik pembentukan badan ini perlu diseimbangkan dengan tabiat pemakanan.

Akhirnya, rakan bisnes KakSeri Puan Anissah berjaya menagambil perhatian KakSeri untuk mengamalkan DIET ATKINS. Sudah sedia maklum kewujudan jenis diet ini, namun KakSeri hanya baca sekali lalu.


Bermula 2 September 2014, secara serius, KakSeri menjalankan Diet Atkins 100%. Diet ini mengamalkan teknik pengurangan karbohidrat dan gula dalam pemilihan makanan. Maka banyaklah pantang larangnya.


Perlu katakan TIDAK kepada :
+ pembekal karbohidrat tinggi seperti nasi, mee, roti, kentang, lobak, semua jenis ubi
+ pembekal kandungan gula yang tinggi seperti gula, minuman manis, madu dan buah-buahan
+ semua jenis kekacang
+ semua jenis bahan yang diproses seperti fish ball, keropok, sosej
+ semua jenis penyedap rasa campuran seperti sos, kicap
+ produk tenusu walaupun rendah lemak
+ makanan bertepung seperti kek, kuih, snek

Katakan YA kepada :
+ semua jenis telur
+ semua jenis sayuran berdaun hijau
+ pembekal protein seperti ayam, daging dan ikan, ikan bilis, udang (kecuali sotong)
+ sayur bunga kobis (cauliflower) dan brokoli
+ air kosong 1 liter setiap 25kg berat badan. contoh berat 50kg = 2 liter air
+ Keju Cheddar
+ Supplemen atau vitamin (tanpa kandungan glukosa)
+ Rempah ratus
Hanya 20g karbohidrat dibenarkan. Semak ingredient bahan2.
+ Bahan2 boleh digoreng (minyak jagung) , dibakar atau direbus.

Tempoh induction selama 2 minggu pertama adalah PENTING. Selama KakSeri melaksanakan DA 2 minggu tersebut, berat badan turun sekitar 4-5Kg. Hebatkan!!

Memang pada 2 hingga 3 hari pertama terasa sangat lapar, namun bolehlah disulam dengan titbits seperti burger tanpa roti&sos atau salad dengan telur.



Selepas tempoh induction, bolehlah di ambil bahan2 larangan tersebut pada kadar yang terkawal. Sekiranya mahu sasarkan penurunan yang lebih, teruskan induction selama mana yang mampu.

Diet Atkins mengajar KakSeri memilih makanan yang tidak memudaratkan badan. Badan jadi ringan. Walaupun jarum penimbang tidak menunjukkan jumlah yang besar, namun, terasa kekurusan dan kelangsingan tatkala menyarung pakaian. Ohsem!!!

Selama  melaksanakan DA ini, KakSeri tetap meneruskan pengambilan supplemen harian seperti :

+ Shaklee Collagen & Vitamin E sebelum sarapan untuk keanjalan kulit, payudara dan 'awet muda'
+ Shaklee Omega Guard dan Alfalfa selepas lunch untuk mempercepatkan pembakaran lemak
+ Shaklee VitaLea selepas lunch untuk memastikan saya cukup dengan nutrisi yang diperlukan badan.
+ Shaklee GLA selepas lunch vitamin pilihan untuk melambatkan kesan-kesan menopause seperti alzheimer dan kemurungan
+ Shaklee Ostematrix selepas dinner untuk mengawal sembelit akibat kekurangan air.

Nak tahu lebih banyak tips kesihatan, boleh Like & Share Page ni https://www.facebook.com/vitasafe.Aishah


Alhamdulillah, walau berdiet, tanpa nasi dan buah-buahan untuk menghasilkan tenaga, KakSeri masih aktif seperti biasa tanpa rasa lemah atau letih.

KakSeri juga tetap meneruskan pemakain set Premium Beautiful supaya menurunan berat badan dan pelangsingan kontour badan berjalan seiringan.

Berikut adalah antara resepi yang boleh dikongsi bersama. 

Jom berdiet!! Badan sihat dan cergas semulajadi. 

Pesan KakSeri, pasang badan selalu untuk Cik Abang, semakin hari semakin sayang!! 

Nasi Goreng dan Pizza ala DA

Muratabak DA : telur, bawang, seketul sardin, chili giling, salad

tortilla wrap : Telur, brokoli, mushroom



0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.