Topik yang sangat menggoncang jiwa KakSeri... hehehe..
Kalau tanya suami KakSeri, kat mana tempat makan best, dia akan kata kat rumah. Makan kari ikan or kari udang yang KakSeri masak. Aduh..duh.. Mentang-mentanglah orang Penang. kari..kari..papadom.
Teringat masa baru kawin dulu, kakak ipar KakSeri siap bagi beberapa bungkus 'rempah kari cap peladang'. Padahal, banyak ajer rempah kari boleh beli kat mana-mana pasaraya. Tapi setiap campuran rempah, ada rasanya yang istimewa. Keluarga suami sudah terbiasa dengan rempah pilihan mereka kot. Sekarang ni rempah kari cap peladang tak tahu lah wujud lagi atau tak. KakSeri lebih suka pilih rempah kari cap Allagappa's. (promo free ya...)
KakSeri ni orang johor, wajib lah suka asam pedas. Dan apa-apa yang pedas.
Orang kata asam pedas Melaka sedap, tapi KakSeri belum jumpa asam pedas lebih sedap dari yang Ibu KakSeri masak atau yang Mak Anjang Zai masak. Walau dah berkali-kali masuk kedai asam pedas Melaka. Yang agak sedap ikut tekak KakSeri so far, ialah asam pedas kat gerai kecik seorang makcik di Kuala Sg Baru Melaka semasa out-station di situ. huhuhu....
Linda Onn asam pedas? not to my standard yet. ewah!!
So orang Melaka, janganlah rasa tercabar, pandangan ikhlas ni. Mungkin KakSeri tidak ke kedai/restoran yang betul kot. Boleh cadangkan kedai asam pedas terbaik Melaka?
Oklah. KakSeri nak kongsi tempat makan BEST kat sekitar Subang-Shah Alam. Ini cadangan saja. KakSeri ni pun jarang-jarang makan di luar. Maka pilihan yang berikan berikut agak terhad.
Mahu Nasi Arab?
KakSeri suka ke Aroma Hijrah, TTDI Jaya, Shah Alam. Makanan sedap, pelbagai pilihan, servis yang baik dan cepat, ruang makan yang selesa.
Mahu Masakan Thai?
KakSeri rekemen Restoran WAFAA, kepunyaan warga Thailand. Terletak di Kampung Melayu Subang, di tepi Jalan Utama Shah Alam- Sungai Buloh.
Siakap stim limau terbaik setakat ini. sampaikan kuahnya pun boleh di hirup sampai licin. Ibu KakSeri suka!!
Ibu KakSeri memang pandai memasak, sampaikan Sultan Johor Sultan Iskandar (almarhum) dan Sultan Ibrahim puji masakan ibu. Siap minta buatkan sambal belacan khas buat mereka di istana. So, kalau ibu suka makan kat mana-mana restoran, maknanya memang tahap super sedaplah tu..
Mahu masakan Seafood dan suasana best?
KakSeri pilih ke Jeram. Kedai seafood yang berada kurang dari 200meter ke pantai Jeram. sangat menarik suasana pandangannya, dan pelbagai ruang makan disediakan.
No comment utk ruang solat dan bilik airnya. Biasa KakSeri sekeluarga ke sana selepas Asar dan berhenti solat Maghrib di Masjid berdekatan.
Mahu masakan western?
Restoran Big Plate ada di Desa Subang Permai Business Center. Makanan ok, servis biasa-biasa ajer.
Haaa.... Mahu Roti Naan lembut, sedap, terbaik?
Restoran Shaaz, di Subang Perdana tiada tandingan. tempat favourite kami dan BIL KakSeri. Memang ohsem! Roti Naan Butter, Roti naan Cheese... memang sodap!
Jadi, itulah lebih kurang panduan tempat makan BEST ikut pengalaman KakSeri. Jadi, bolehlah cuba di tempat-tempat ini, dan kalau nak rekemen kat KakSeri tempat makan BEST ikut pengalaman tuan puan, silalah kongsi di ruang komen ya.
Pesan Kak Seri, sebelum makan, jangan lupa baca Bismillah ya... ok baiii.
tq
ReplyDelete