Sudah hampir separuh abad, baru sekarang dapat ilmu tentang keperluan nutrisi yang betul.
Walaubagaimanapun, sangat sesuai lah dengan pepatah Inggeris, Better Late Than Never. Biar lambat, asalkan masih punya masa untuk berubah. 😊
OK. Dalam siri kali ini, mahu dikongsikan sedikit ilmu teknikal tentang kira-kira menentukan keperluan Karbohidrat. Terutama kepada pesakit diabetes.
Namun sebelum itu, kita harus tahu jumlah kalori yang diperlukan. Kerana dari jumlah kalori, barulah di pecahkan kepada keperluan karbohidrat, protein dan lemak.
Bak dinyatakan dalam siri terdahulu, kira-kira ini juga sangat sesuai diketahui dan dipraktik kan oleh sesiapa saja, khasnya bagi mereka yang mahukan gaya pemakanan yang sihat.
Cita-cita mahu ramping langsing dalam masa kurang 6 bulan akan terlaksana. Itu kata dietitian, kalau benar dipraktikkan.
Kita mulakan.
Langkah 1. Kenalpasti berat ideal (BMI)
Kenapa berat ideal? Inilah berat yang kita mahukan. Kerana kita mahu kembali berada pada berat yang sepatutnya.
Kesilapan mengira berat ideal akan mempengaruhi kiraan kalori yang betul seterusnya tidak membantu mencapai objektif pemakanan sihat yang diperlukan badan.
Kiraan berat ideal adalah seperti berikut :
Berat Ideal (kg) dibahagikan kepada ganda dua ketinggian (m) mestilah di antara bacaan 2.1 sehingga 2.4.
Contoh :
52kg / (1.5 × 1.5) = 23.1
Maksud : 52 kg adalah dalam lingkungan bacaan berat ideal bagi mereka yang mempunyai ketinggian 1.50 meter.
Langkah 2 : Kenalpasti Basal Metabolism Rate (BMR)
Bacaan ini adalah garis ukur keperluan tenaga yang diperlukan badan ketika kita dalam keadaan rehat (idle)
Formulanya berbeza antara lelaki dan wanita.
Lelaki : 66.47 + (13.75×berat ideal,kg) + (5×tinggi,m) - (6.755×umur)
Wanita : 655.1 + (9.56×berat ideal,kg) + (1.85×tinggi,m) - (4.676×umur)
Ikut sahaja. Usah tanya 😊
Sudah dapat BMR tuan puan? Bagus!
Langkah 3 : Kenalpasti keperluan Kalori
Formulanya berbeza mengikut kekerapan kita menjalankan senanam.
BMR x 1.2 : tidak bersenam
BMR x 1.375 : 1-3 kali seminggu
BMR x 1.55 : 3-5 kali seminggu
BMR x 1.725 : 6-7 kali seminggu
BMR x 1.9 : 2 kali sehari
Semakin kita kerap bersenam bermakna semakin tinggi keperluan kalori. Kerana pembakaran kalori lebihan akan berlaku ketika bersenam.
Pakar dietitian kata, sekiranya kalori yang berlebihan diambil, ini akan menyebabkan terjadinya obesiti. Kalori tukar jadi lemak.
Kerana itu, pengukuran berat ideal di awal pengiraan adalah sangat kritikal di dalam menentukan jumlah KALORI SEBENAR yang diperlukan.
Berhenti di sini dulu. Sambung di Siri 4 untuk keperluan KARBOHIDRAT pula.
Berapakah jumlah kalori tuanpuan?
Boleh juga dikongsikan diruangan komen.
Tentang Diabetes (Siri 2) di link ini :
http://noraishahramlan.blogspot.my/2016/03/tentang-diabetes-siri-2.html
#diabetes
#diet
#SeriAishah
www.seriaishah.com
0 comments:
Post a Comment