SET PAD KHUSUS UNTUK IBU BERSALIN LEXEE


SET PAD KHUSUS UNTUK IBU BERSALIN LEXEE

TAHNIAH! Ibu-ibu hamil yang berseri-seri. memiliki cahaya mata adalah anugerah Allah yang tiada nilainya.

Setelah 9 bulan 10 hari membawa anakanda bersama, Tiba masa yang dinanti-nanti kehadiran si comel yang bakal menambah seri keluarga.

Bagi ibu-ibu hamil, pasti pening mahu memilih set pad ibu bersalin yang terbaik sepanjang tempoh berpantang. sudah tentu. 

Pada ketika ini lah, ibu-ibu bersalin harus berasa rehat sepenuhnya sambil membelek si comel di sisi. 

Berehat dalam erti kata sebenar. Tiada resah mahu menyalin pad selalu. Tiada resah dengan rasa tidak selesa pad yang sentiasa lembab. Tiada resah dengan kegatalan dek pad yang lembab.

Apabila pad dalam keadaan lembab, bagaimana pula luka jahitan ibu bersalin akan pulih segera?

Set Pad Ibu Bersalin LEXEE memberi penyelesaian optimum kerana LEXEE memahami perasaan ibu bersalin.

+ Daya serapan sebanyak 27 kali ganda pad biasa bantu ibu sentiasa kering

+ Terapi Ion Negatif bantu membersihkan rahim dan rawat luka bersalin

+ Aktif Oxygen bantu ibu merasa sihat dan selesa

+ 8 Lapisan kapas memberi ruang Miss V untuk bernafas.

SET PAD IBU BERSALIN LEXEE


Ibu-ibu hamil punya 2 pilihan set pad ibu bersalin Lexee sebagai pilihan. Pilihan bergantung kepada aliran darah nifas ketika bersalin, mengikut aliran darah haid pada kebiasaanya.

Set Pad Ibu bersalin #1 - Untuk ibu yang aliran haid nya banyak

3 NITE PAD - 24 keping - 12 hari pertama
3 DAY PAD - 30 keping - 15 hari berikutnya
1 PANTYLINER - 30 keping - 15 hari berikutnya
Cukup untuk 40 hari berpantang.

Set Pad Ibu bersalin #2 - Untuk ibu yang aliran haid nya sederhana

2 NITE PAD - 16 keping - 8 hari pertama
2 DAY PAD - 20 keping - 10 hari berikutnya
2 PANTYLINER - 60 keping - 30 hari berikutnya
Cukup untuk 40 hari berpantang.


Dengan Lexee, cukup 1 keping siang, 1 keping malam.





Ibu-ibu hamil. Simpan nombor KakSeri.

http://www.wasap.my/60133976632/lexee


MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAD KESIHATAN NO 1 LEXEE, KLIK LINK BERIKUT.
.
.
.

TENTANG DIABETES SIRI 5 - Kenali Karbohidrat


Dari siri terdahulu, kita sudah kira keperluan kalori Individu, yang berbeza mengikut BMI dan BMR dan sukatan Karbohidrat yang diperlukan.
Melalui pelajaran di dalam Kelas Diabetes yang dihadiri, rupanya kalori itu dihasilkan melalui 3 komponen penting dalam makanan.

Apakah 3 komponen itu?
+ Karbohidrat
+ Protein
+ Lemak
Karbohidarat membekalkan 45% dari total kalori. Hampir separuh. Bermakna, karbohidrat adalah sumber utama yang membekalkan tenaga kepada badan kita.
Karbohidrat ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Karbohidrat Kompleks dan Karbohidrat Ringkas.
Karbohidarat Kompleks dibekalkan melalui makanan berat seperti nasi, mee, roti, ubi, buah-buahan dan oat. Ia kaya dengan vitamin, minerals dan serat.
Manakala Karbohidrat Ringkas datang dari manisan seperti susu, gula-gula dan kek.
Baik. Ini sedikit sebanyak tentang karbohidrat.
Kenapa perlu tahu dari mana sumber karbohidrat?
Pengambilan karbohidrat adalah KRITIKAL bagi pesakit diabetes. Berbanding pengambilan protein atau lemak.
Karbohidrat akan diproses dan merembeskan gula (glukosa) yang memberi kesan secara terus kepada pesakit.
Maka, pengambilan karbohirat perlu dikira. Perlu dikawal. Supaya tidak diambil berlebihan yang akan menaikkan bacaan pada GLUCOMETER.



TENTANG DIABETES SIRI 4 - Keperluan Karbohidrat


Bagaimana mengira jumlah Karbohirat yang kita perlu?. ðŸ˜Š
Pastikan :
1. Sudah tahu berat ideal
2. Sudah tahu jumlah Kalori



Rujuk Siri 3 untuk pengiraan Jumlah Kalori individu. Klik link ini.
http://noraishahramlan.blogspot.my/…/tentang-diabetes-siri-…

Cara pengiraaan karbohidrat pula seperti berikut:
1. Karbohidrat membekalkan 45% dari jumlah kalori. Formula ini digunakan untuk dapatkan pecahan karbohidrat dari Nilai Kalori (kcal), Z = Nilai Kalori X 0.45.
2. Tukarkan Z (kcal) kepada unit 1g Karbohidrat, Y = Z /4. Asasnya, 4 kcal bersamaan 1g Karbohidrat.

Melalui kiraan ke 2 ini, kita sudah tahu keperluan karbohidrat dalam bentuk "gram karbohidrat". Ini akan lebih memudahkan kita mengagak dan mengawal pengambilan karbohidrat di atas pinggan menggunakan ukuran "sukatan". ðŸ˜Š

3. 15g Karbohidrat pula bersamaa 1 sukatan/serving Karbohidrat. Tukarkan Y, jumlah keseluruhan karbohidrat kepada sukatan yang lebih kecil, W = Y / 15.
Berapakah W?
Melalui W lah kita akan pantau pemakan dan pengambilan karbohidrat harian.

Mahu contoh?
Katalah Nilai Kalori CikPuan Seri Aishah ialah 1428 kcal.
1. 1428 kcal x 0.45 (pecahan karbohidrat)= 643 kcal
2. 643 kcal ÷ 4 = 161 g karbohidrat
3. 161 g ÷ 15 = 11 sukatan.

Ini bermakna Puan Seri Aishah perlu mengambil maksimum 11 sukatan karbohidrat setiap hari. Tidak lebih.

Berapakah sukatan karbohidrat di dalam hidangan bubur nasi di bawah?
(bersambung..)

Mahu kongsikan jumlah sukatan karbohidrat tuan puan?
Tuliskan diruangan komen.

😊

TENTANG DIABETES SIRI 3 - Kiraan Kalori

Sudah hampir separuh abad, baru sekarang dapat ilmu tentang keperluan nutrisi yang betul.

Walaubagaimanapun, sangat sesuai lah dengan pepatah Inggeris, Better Late Than Never. Biar lambat, asalkan masih punya masa untuk berubah. 😊

OK. Dalam siri kali ini, mahu dikongsikan sedikit ilmu teknikal tentang kira-kira menentukan keperluan Karbohidrat. Terutama kepada pesakit diabetes.

Namun sebelum itu, kita harus tahu jumlah kalori yang diperlukan. Kerana dari jumlah kalori, barulah di pecahkan kepada keperluan karbohidrat, protein dan lemak.

Bak dinyatakan dalam siri terdahulu, kira-kira ini juga sangat sesuai diketahui dan dipraktik kan oleh sesiapa saja, khasnya bagi mereka yang mahukan gaya pemakanan yang sihat.

Cita-cita mahu ramping langsing dalam masa kurang 6 bulan akan terlaksana. Itu kata dietitian, kalau benar dipraktikkan.

Kita mulakan.

Langkah 1. Kenalpasti berat ideal (BMI)

Kenapa berat ideal? Inilah berat yang kita mahukan. Kerana kita mahu kembali berada pada berat yang sepatutnya.

Kesilapan mengira berat ideal akan mempengaruhi kiraan kalori yang betul seterusnya tidak membantu mencapai objektif pemakanan sihat yang diperlukan badan.

Kiraan berat ideal adalah seperti berikut :

Berat Ideal (kg) dibahagikan kepada ganda dua ketinggian (m) mestilah di antara bacaan 2.1 sehingga 2.4.

Contoh :
52kg / (1.5 × 1.5) = 23.1

Maksud : 52 kg adalah dalam lingkungan bacaan berat ideal bagi mereka yang mempunyai ketinggian 1.50 meter.

Langkah 2 : Kenalpasti Basal Metabolism Rate (BMR)

Bacaan ini adalah garis ukur keperluan tenaga yang diperlukan badan ketika kita dalam keadaan rehat (idle)

Formulanya berbeza antara lelaki dan wanita.

Lelaki : 66.47 + (13.75×berat ideal,kg) + (5×tinggi,m) - (6.755×umur)

Wanita : 655.1 + (9.56×berat ideal,kg) + (1.85×tinggi,m) - (4.676×umur)

Ikut sahaja. Usah tanya 😊

Sudah dapat BMR tuan puan? Bagus!

Langkah 3 : Kenalpasti keperluan Kalori

Formulanya berbeza mengikut kekerapan kita menjalankan senanam.

BMR x 1.2   : tidak bersenam
BMR x 1.375   : 1-3 kali seminggu
BMR x 1.55   : 3-5 kali seminggu
BMR x 1.725   : 6-7 kali seminggu
BMR x 1.9   : 2 kali sehari

Semakin kita kerap bersenam bermakna semakin tinggi keperluan kalori. Kerana pembakaran kalori lebihan akan berlaku ketika bersenam.

Pakar dietitian kata, sekiranya kalori yang berlebihan diambil, ini akan menyebabkan terjadinya obesiti. Kalori tukar jadi lemak.

Kerana itu, pengukuran berat ideal di awal pengiraan adalah sangat kritikal di dalam menentukan jumlah KALORI SEBENAR yang diperlukan.

Berhenti di sini dulu. Sambung di Siri 4 untuk keperluan KARBOHIDRAT pula.

Berapakah jumlah kalori tuanpuan?
Boleh juga dikongsikan diruangan komen.

Tentang Diabetes (Siri 2) di link ini :
http://noraishahramlan.blogspot.my/2016/03/tentang-diabetes-siri-2.html

#diabetes
#diet
#SeriAishah
www.seriaishah.com

TENTANG DIABETES SIRI 2 - Sumber Karbohidrat

Kelas kedua tentang diabetes semakin menyeronokkan. Kami belajar tentang mengenalpasti jumlah karbohidrat yang diperlukan oleh setiap individu.

Kenapa keperluan karbohidrat kritikal untuk pesakit diabetes?

Jawapan : Dari karbohidrat lah, glukos (gula)  dirembeskan.

Pengawalan karbohidrat dapat mengatasi masalah 'kebanjiran' glukos dalam darah. Cukup-cukup membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan.

Dalam masa yang sama, formula ini juga boleh digunakan untuk mengawal berat badan dengan cara natural. Tempoh penurunan dijangka di antara 3 hingga 6 bulan.

Dari mana sumber karbohidrat boleh didapati? Berikut adalah contoh nya.

+ nasi /pasta /mee
+ roti / segala produk tepung
+ segala jenis ubi dan kekacang
+ oat
+ gula / kaya / susu / madu
+ buah-buahan

Baru faham sekarang, rupanya Diet Atkins adalah antara cara amalan diet yang menggunakan teknik meminimakan (hampir kosong) pengambilan karbohidrat. Sebab tu tak boleh langsung ambil kesemua produk dari senarai di atas semasa tempoh induksi 14 hari pertama.

Ok. Cara nak mengira keperluan karbohidrat kita adalah berdasarkan 3 langkah berikut

1. Dapatkan berat ideal mengikut kiraan BMI
2. Kirakan keperluan kalori yang sesuai mengikut berat ideal
3. Pecahkan keperluan karbohirat, protein dan lemak dari bacaan kalori.

Formula kiraan selanjutnya akan diupdate di Siri 3.

Berapa banyak karbohidrat yang kita ambil setiap hari? Adakah kurang atau lebih dari keperluan?

Keduanya ada impak secara terus kepada keperluan tenaga yang diperlukan tubuh kita setiap hari.

Tentang Diabetes  (Siri 1) di link ini.
http://noraishahramlan.blogspot.my/2016/03/tentang-diabetes-siri-1.html

#diabetes

TENTANG DIABETES SIRI 1 - Asbab & Kebarangkalian

Bermula hari ini, selama 5 minggu, setiap hari rabu, kami akan ikuti satu program khas tentang Diabetes, Penjagaan dan Gaya Hidup Sihat.

Kenapa kami hadirinya, tak perlulah dimaklumkan. Cuma, semoga tulisan dan perkongsian ini memberi manafaat untuk semua pembaca. Khususnya mereka yang mengalaminya.

Cuba sedaya upaya kongsi ikut pemahaman orang awam yang tiada latar belakang perubatan.

Pertama sekali, mahu ekspreskan perasaan seronok berada di program ini kerana Puan Dr Siriyanti yang sangat 'cool'. Penjelasan yang ringkas dan mudah.

Sessi pertama hari ini adalah tentang apa itu diabetes.

Ia berlaku apabila kandungan glukosa dalam darah yang tinggi kerana tidak dapat dialihkan kepada sel/organ yang sepatut menerimanya.

Bila sebut tentang diabetes, selalu teringat tentang perkataan insulin. Apa pula insulin itu?

Insulin adalah hormon yang bertindak sebagai agen atau kenderaan yang bertanggungjawab untuk pengalihan atau penyerapan glukosa dari pembuluh darah.

Kerana itu, INSULIN adalah faktor utama dikaitkan dengan diabetes.

Glukosa (gula) adalah satu elemen penting yang diperlukan oleh tubuh khususnya otak, otot dan hati. Ia terjadi dari pemprosesan karbohidrat dari pemakanan.

Bagaimana diabetes berlaku? Secara ringkasnya ada 2 penyebab :

1. Pankreas yang tidak lagi produktif mengeluarkan hormon insulin.

2. Halangan yang tinggi dipermukaan sel untuk menerima hormon insulin.

Kesan kepada ukuran gula dalam darah  yang tinggi akan menyebabkan pembuluh darah memberi ruang mudah untuk lemak melekat dipermukaannya. Ini akan menjurus kepada masalah kolestrol tinggi dan tekanan darah tinggi (3 serangkai).

Manakala saraf (salur darah yang kecil) akan rosak yang akan menyebabkan kekebasan pada kaki dan jari.

Begitu juga dengan saraf halus di bahagian mata yang akan memecah mengakibatkan pesakit menjadi buta.

Simptom pesakit diabetes dapat dipantau apabila individu kerap membuang air kecil pada waktu malam.

Punca individu berkeberangkalian mengalami diabetes adalah melalui :
1. Genetik
2. Gaya hidup
3. Tahap kesihatan

Pemantauan ke atas kebarangkalian mendapat diabetes amat penting kerana pesakitnya TIDAK SAKIT. Ia pembunuh senyap.

Bilakah kali terakhir kita memeriksa ukuran gula dalam darah kita?

#diabetes

CEMERLANG MENCEMERLANGKAN

Alhamdulillah. Berakhir sudah penantian.

Tahniah anakanda Nor Alya Nadhirah.

Pertama kerana berjaya mencabar diri, meletakkan diri pada tahap tersendiri dan mengukir bintang dalam sejarah peribadi.

Kedua kerana berjaya dan turut menyumbang kepada pencapaian prestasi sekolah menjadi yang terbaik di Johor dan Top #2 di kalangan Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia.

Ketiga kerana memberikan inspirasi kepada junior dan orang lain bahawa kejayaan itu sesuatu yang boleh dicapai.

Keempat kerana berjaya mengukirkan senyuman kepada ahli keluarga dan para guru juga rakan-rakan.

Apa juga tindakan yang kita ambil dan berlaku kepada kita bukan sahaja berbalik kepada diri sendiri, tapi turut memberi impak kepada mereka disekeliling kita.

Tahniah!

#SeriAishah
www.seriaishah.com

PAGE COVER BARU di FB PAGE KAMI

Assalamualaikum semua!

Seronok sangat nak sampaikan pada semua pelanggan Tuala Wanita Lexee dengan KakSeri.

Berikut adalah Cover Photo bagi FB PAge kami fb.com/lexee.aishah/



Bukan apa. takut terkejut pulak Cover Photo dah berubah!

Ok. Teruskan menjaga vagina anda! Itu aset yang tiada galang gantinya!

# Lexee # SeriAishah #tualawanitakesihatan

KEPEMIMPINAN BISNES SEPARUH MASA


Kebiasaannya KakSeri siapkan pesanan setiap hari sebelum tidur. Update rekod jualan dalam sistem. Keesokannya jam 2pm En. Posto akan datang ambil. Sebab awal pagi KakSeri dah sibuk bersiap pergi kerja.

Siapa kata, orang bekerjaya sukar cari masa berniaga?

Yang penting semua keperluan perniagaan sudah tersedia di tempatnya.

1. Jadual pembahagian masa
2. Pendaftaran syarikat dan akaun khusus
3. Sistem pengeposan yang baik
4. Sistem merekod jualan yang otomated
5. Sistem marketing percuma atau berbayar (pilihan)

5 sahaja. Cukup.

Sudah 2 tahun KakSeri menjalankan perniagaan TualaWanita Kesihatan LEXEE ini secara ONLINE tanpa jejaskan masa bekerja.

Adakala dek kesibukan menjalankan tugas hakiki, faktor ke-5 berjalan dengan sendirinya.

Namun ingat, diperingkat permulaan, penyediaan semua langkah di atas, memerlukan komitmen penuh.

Yalah, tanpa usaha, mana kan datang hasilnya kan?

KakSeri buka kepada sesiapa yang mahukan sessi coaching BERKERJAYA & BERNIAGA. Semua sudah ada, ia SHORTCUT kepada sesiapa yang mahu. Sesuai untuk apa juga produk yang anda jalankan.

Hubungi KakSeri di 013-3976632.

Tualawanitabebastoksin.blogspot.com
Www.seriaishah.com

#KakSeri #SeriAishah #GuruBMC #businesscoaching#businessonline



WEBSITE BERAT SARAT

ONLINE  BRANDING

Website adalah salah satu sosial media yang majoriti pemilik bisnes gunakan untuk mengukuhkan channel mereka dengan pelanggan.

Adakala, kita hairan kenapa, walaupun content website kira sudah mencapai peratusan yang tinggi untuk SEO scorer, tapi masih tidak berada di laman pertama keputusan carian Google.

Salah satu sebabnya ialah website yang 'berat'. Berat dengan gambar-gambar yang dimuat-naik. Memuat-turun pula mengambil masa. Loading..... memanjang.

Pelanggan bosan menunggu, lalu close window. Hilang potential customer.

Tips KakSeri hari ini.

'Ringan'kan website kita dengan mengecilkan saiz fail tanpa mengganggu kualiti gambar.

Menggunakan tinypng.com, saiz fail dikecilkan sehingga 9x%.

Hasilnya, gambar diwebsite mudah diloading, jimat kapasiti di hosting dan yang paling penting GOOGLE SUKA!

www.seriaishah.com

#SeriAishah #GuruBMC #onlineBranding #onlineBusiness #onlineMarketing

TESTIMONI BUTIK ONLINE SERIAISHAH APPAREL #1

Alhamdulillah.
Gambar adalah maklumbalas dari seorang pelanggan kami yang pertama kali melalui pengalaman membeli menerusi BUTIK ONLINE SERIAISHAH APPAREL.
Puan pelanggan ini juga adalah pelanggan pertama yang membuat pesanan sepenuhnya melalui website www.seriaishah.com/shoppe yang baru ditambahbaik.
Syukur sangat-sangat apabila pelanggan bukan sahaja berpuashati dengan kualiti produk jubah kami, tetapi juga dengan kemudahan yang disediakan.
Kini, Jubah Eksklusif SeriAishah (Jubah Lycra Eksklusif Bercorak Eksklusif) boleh dimiliki dengan mudahnya dihujung jari anda.
Butik Online SeriAishah Apparel
EKSKLUSIF - RINGKAS - YAKIN



GARAM BUKIT UNTUK KUCING

Garam bukit untuk kucing.

Pernah terlihat sebuah video bagaimana hanya dengan rembesan air garam, kucing yang kelihatan tidak bermaya menjadi sugar bugar?

Ya !

Sekiranya anda ada kucing yang sedang sakit, boleh cuba amalkan.

Elok sangat sekiranya dijadikan amalan rembeskan 1-2 kali sehari kucing anda setiap hari untuk tujuan rawatan dari penyakit seperti kurap.


Khasiat yang ada pada Aroma Crystal Spray untuk kucing anda.


Aroma Crystal Spray mencampurkan Batuan Kristal Hidup di dalamnya untuk mengoptimumkan penggunaan Aroma Crystal Spray sebagai medium rawatan diri selain memperbesarkan aura dalaman dan luaran pemakai. 

+ Batuan Kristal dapat menyeimbangkan energi tubuh, melarutkan dan menghapuskan energi yang bermasalah, memperbaiki fungsi organ tubuh dan meningkatkan daya tahan tubuh.
+ Batuan Kristal mempunyai pelbagai manafaat menyembuhan dan pengawalan emosi manusia.
+ Batuan kristal mempunyai warna dan frekuensi yang tersendiri yang sangat berkait rapat dengan cakra manusia.
+ Batuan kristal telah digunakan ribuan tahun dahulu dalam perubatan rawatan Reiki.
+ Batuan kristal perlu direndamkan untuk mengeluarkan khasiat penyembuhan.


Hanya RM39 sebotol untuk 100 botol pertama!
RM45 termasuk penghantaran POSLAJU.
Untuk tempahan 013-3976632

Aromacrystalspray.blogspot.com
Powered by Blogger.